TimeTec TA
Urus Kehadiran Kakitangan Kejiranan & Pengawal Keselamatan Dengan Mudah

TimeTec TA merupakan satu solusi berasaskan cloud yang membantu anda menguruskan tenaga kerja di dalam kejiranan anda. Kini, data disimpan dengan selamat di dalam web, membolehkan anda menyemak prestasi kakitangan kejiranan anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Dengan login menerusi sambungan Internet, anda akan memperolehi akses kepada fitur-fitur yang akan menyelesaikan sebarang isu tenaga kerja seperti pemantauan dan semakan kehadiran serta lokasi kakitangan kejiranan anda, mencipta dan menguruskan penjadualan yang efektif dengan menggunakan templat penjadualan, serta menjana laporan secara automatik.

Pergi Ke TimeTec TA
Pengurusan Masa & Kehadiran

Terdapat sejumlah kakitangan seperti kerani pentadbiran pengurusan, pengawal keselamatan, juruteknik penyelenggaraan, tukang kebun dan sebagainya yang berada di dalam sesebuah kawasan perumahan. TimeTec TA menyediakan paparan lengkap mengenai kehadiran kakitangan di mana seseorang pentadbir boleh menetapkan login pengguna berbilang aras bagi membolehkan pentadbir dengan tahap akses yang berbeza mengakses sistem dan seterusnya membina akaun login yang baru untuk pekerja login dan seterusnya menyemak kehadiran mereka.
Mencegah Kelewatan & Ketidakhadiran

Penggunaan TimeTec TA merupakan satu langkah pencegahan bagi sebarang kelewatan dan tabiat kerja tidak produktif yang lain menerusi sistem masa kehadiran automatiknya. Ianya memudahkan Persatuan Penduduk/Pengurusan untuk membuat sebarang penilaian terhadap prestasi setiap pekerja.
Clock-Masuk Kehadiran Pada Pengimbas Biometrik

Buddy-punching merupakan antara salah satu sikap kerja tidak produktif yang sering dilakukan oleh pekerja. TimeTec TA boleh diintegrasikan bersama Peranti Biometrik FingerTec dan ianya akan memastikan pendaftaran clock-masuk hanya dapat dilaksanakan oleh pekerja itu sendiri.

Rekod Kehadiran yang Tepat dalam Masa Sebenar

Dengan teknologi cloud dan notifikasi push, TimeTec TA membolehkan pihak pengurusan untuk mendapatkan rekod-rekod kehadiran yang tepat pada masa sebenar dari peranti clock-masuk mereka. Tiada ruang untuk sebarang pindaan terhadap rekod kehadiran dapat dilakukan oleh kakitangan dan seterusnya memupuk disiplin kerja yang lebih baik.

Integrasi Mudah dengan Sistem Gaji

TimeTec TA membolehkan data kehadiran dieksport ke dalam format CSV atau XLS. Kefleksibilitian ini menjadikan TimTec TA mudah untuk diintegrasikan bersama perisian gaji seperti UNIPay dan MYOB.

Aplikasi Mobile Tersedia Bagi TimeTec TA!

Kebanyakan ahli persatuan penduduk mempunyai pekerjaan utama dan mereka jarang mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa kehadiran kakitangan. Aplikasi Mobile TimeTec menyediakan paparan keseluruhan mengenai kehadiran kakitangan, jadual kerja dan pilihan clocking kehadiran hanya dengan menggunakan telefon mudah alih - agar anda tidak terlepas sebarang maklumat yang diperlukan.

Percuma 10 Lesen Pengguna Sepanjang Hayat

Bagi setiap pelaburan atau pembelian yang akan anda laksanakan, adalah disyorkan untuk anda mencuba terlebih dahulu produk tersebut sebelum anda membuat sebarang keputusan. TimeTec TA memberikan anda 10 lesen pengguna secara percuma kepada anda sepanjang hayat agar anda dapat merasai sendiri kepelbagaian faedah teknologi cloud bagi tujuan pengurusan kehadiran anda!

Dapatkan TimeTec TA sekarang!