Faedah i-Neighbour
Menyingkirkan Pen & Buku Log Tradisional
Tiada pen, tiada buku log, tiada maklumat yang ditulis dengan tangan, tiada salinan karbon, tiada pas yang dikoyakkan. Kesemua maklumat lawatan didigitalkan dan disimpan di dalam pelayan cloud yang diyakini.
Sistem yang Diintegrasikan untuk Pelbagai Peranan
i-Neighbour direkabentuk khas bagi pelbagai peranan, i.e. pemilik unit, residen, penyewa, pentadbir penyewa, pentadbir kejiranan (persatuan penduduk), pelawat dan rakan niaga (pengedar/wakil penjual). Setiap peranan mempunyai akses yang berbeza untuk akaun mereka, pemilik diberi jaminan bahawa privasi mereka sentiasa dititikberatkan dan dilindungi di dalam i-Neighbour.
Menganalisa Laporan untuk Pengurusan Yang Lebih Baik
Kesemua data yang dikumpulkan daripada setiap lawatan akan digunakan untuk menjana laporan yang berguna bagi tujuan pengurusan yang lebih baik. Persatuan penduduk atau Syarikat Pengurusan boleh menggunakan laporan ini untuk menyusun struktur keselamatan mereka.
Premis yang Selamat dan Terjaga
Dengan kesemua lawatan diautomasikan, diselia dan disimoan di dalam i-Neighbour, sebuah sistem pengurusan penduduk yang berasaskan cloud, anda boleh menambah nilai kepada hartanah anda sebagai sebuah premis yang selamat dan terjaga.
Sistem Atas Talian berasakan Cloud Sepenuhnya, Tiada Muat Turun atau Penambahbaikan Diperlukan
Sebagai sistem yang 100% berasaskan cloud, pengguna boleh mengakses i-Neighbour dengan mudah melalui internet tanpa perlu memuat turun sistem ini ke dalam komputer mereka. Sistem ini akan senantiasa dikemaskini dan pengguna tidak perlu membeli sebarang versi terkini ataupun bimbang sistem ini akan ketinggalan zaman tanpa sebarang penambahbaikan.
Apps Mudah Alih bagi Akses Mudah
Masa adalah berharga; bagi kemudahan kami telah menyediakan aplikasi mudah alih i-Neighbour bagi pengguna i-Neighbour untuk sistem iOs dan juga Android. Pelawat dan yang dilawat boleh menguruskan urusan pra-pendaftaran melalui klik mudah secara atas talian.
Selaraskan Proses Daftar Masuk /Daftar Keluar
Operasi yang lancar apabila menerima lawatan pelawat yang ramai. i-Neighbour akan mengurangkan masa pendaftaran pelawat anda dan juga masa daftar keluar masuknya.
>