Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2019

Soalan Lazim

English 中文
1. Apakah Geran CSR i-Neighbour?

Geran CSR i-Neighbour merupakan penajaan berjumlah RM13,300 untuk satu komuniti dalam bentuk yuran langganan tahun pertama Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour dan set peranti tablet Pondok Keselamatan, ditawarkan kepada 600 komuniti yang layak untuk jumlah besar tajaan bernilai RM8 juta.

2. Adakah setiap komuniti yang berjaya akan menerima jumlah sama rata RM13,300 untuk satu geran?

Tidak semestinya. Jumlah RM13,300.00 itu terbahagi kepada dua bahagian, yang pertama ialah yuran langganan tahun pertama Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour bernilai RM10,000.00 ditaja oleh TimeTec Cloud Sdn Bhd, dan kedua berjumlah RM3,300.00 dalam bentuk set peranti pondok keselamatan ditaja oleh penaja bersama United Overseas Bank (UOB) dengan set terma dan syarat yang berbeza yang perlu dipenuhi. Sebagai contoh, jika sesebuah kejiranan tidak boleh memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UOB tetapi layak untuk bahagian yang pertama, mereka hanya akan menerima tajaan bernilai RM10,000 maksima berbentuk yuran langganan tahun pertama Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour, tanpa set percuma peranti tablet. Tambahan, jumlah yuran langganan tahun pertama Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour mungkin berbeza bergantung kepada jumlah unit kediaman dan pakej yang dipilih. Oleh itu, jumlah besar mungkin berbeza tetapi TimeTec menawarkan jumlah RM10,000 maksima untuk satu komuniti. Sila ambil perhatian juga bahawa jika satu komuniti tidak menggunakan jumlah penuh geran tersebut, TimeTec tidak akan menukarkan baki tersebut kepada wang tunai atau barangan dalam apa jua cara.

3. Siapa yang layak memohon Geran CSR i-Neighbour?

Geran ini terbuka kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB),Perbadanan Pengurusan(MC) dan Persatuan Penduduk (RA) bagi komuniti strata dan bukan strata, penduduk harta tanah serta penduduk kediaman bertingkat tinggi di Malaysia.

4. Apakah yang diperlukan untuk mendapat kelulusan Geran CSR i-Neighbour?

Terdapat 3 syarat utama sesebuah kejiranan atau komuniti perlu sediakan untuk permohonan diproses:
i. Kejiranan perlu mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB),Perbadanan Pengurusan(MC) dan Persatuan Penduduk (RA) yang aktif.
ii. Surat sokongan oleh Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB),Perbadanan Pengurusan(MC) dan Persatuan Penduduk (RA)
iii. Pemohon merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB),Perbadanan Pengurusan(MC) dan Persatuan Penduduk (RA)

5. Adakah jumlah RM13,300 cukup untuk meliputi pemasangan sistem komuniti pintar di sesebuah komuniti?

Berdasarkan pengalaman kami, tentu sekali jumlah tersebut cukup untuk menampung perkara asas sistem komuniti pintar. Tetapi, sistem komuniti pintar mungkin mempunyai keperluan yang berbeza untuk persekitaran komuniti mereka. Oleh itu, Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour menawarkan pelbagai komponen untuk sesebuah komuniti meliputi skop yang lebih besar, termasuk sistem perakaunan awan bagi pengurusan hartanah, sistem patrol keselamatan awan untuk pengawal keselamatan, lebih banyak produk perkakasan IoT untuk keselamatan dan kawalan masuk, i-environ untuk sistem pintar persekitaran dan sebagainya. Sila rujuk laman web i-Neighbour di www.i-neighbour.com untuk lebih memahami produk kami dan bagaimana ianya boleh memanfaatkan komuniti anda secara keseluruhan.

6. Adakah saya layak untuk memohon geran ini untuk kawasan kejiranan saya?

Permohonan anda dialu-alukan. Sila pastikan pemohon ialah seorang ahli jawatankuasa kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB/MC/RA) dan permohonan anda mendapat surat sokongan daripada Pengerusi. Untuk memohon, sila isi borang atas talian di dalam pautan berikut: https://www.i-neighbour.com/csrapplicationform dan klik hantar. Selepas anda menghantar borang tersebut, anda akan menerima emel pengesahan dari pihak kami.

7. Selain daripada sistem teras komuniti pintar, i-Neighbour juga mempunyai subsistem yang diintegrasi dengan sistem seperti i-Account untuk pengurusan akaun hartanah untuk mencapai faedah yang lebih meluas. Jika sistem yang ingin kita langgan melebihi RM10,000.00, apakah proses yang diperlukan? Adakah kami tidak layak untuk memohon Geran ini?

Sesebuah komuniti boleh memilih sebarang sistem yang ditawarkan oleh TimeTec. Walau bagaimanapun, jumlah maksima Geran masih kekal RM10,000 dan sebarang kos tambahan perlu dilunaskan oleh komuniti anda apabila permohonan anda diluluskan.

8. Bilakan tarikh tutup permohonan geran ini?

Permohonan dan penyerahan semua dokumen wajib perlu dihantar kepada TimeTec pada 31 December 2019.

9. Adakah peluang untuk mendapat Geran CSR i-Neighbour ini cerah?

Peluang anda lebih baik apabila komuniti anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam klausa 4 dan 5. Permohonan awal juga mempunyai peluang yang lebih cerah kerana proses kelulusan kami didasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

10. Komuniti kami sudah melanggan dengan i-Neighbour. Adakah kami masih boleh memohon geran ini?

Ya, ada boleh. Ambil peluang ini untuk menaik taraf sistem i-Neighbour anda dengan melanggan subsistem lain seperti i-Comm, i-Account, TimeTec TA, QR Master dan sebagainya.

11. Komuniti kami telahpun menggunakan jenama sistem komuniti pintar yang lain. Bolehkah kami memohon supaya kami dapat menukar sistem sedia ada?

Tentu sekali. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda membuat perbandingan di antara sistem sedia ada dengan i-Neighbour untuk memastikan yang anda mendapat faedah yang lebih. Di sini terdapat rujukan 10 sebab mengapa kawasan kejiranan selalu mengambil keputusan untuk menukar sistem sedia ada. https://ineighbour.blogspot.com/2019/05/10-reasons-why-communities-ditch-their.html

12. Komuniti saya adalah pelanggan EGIB / EGTB insuran yang sedia ada, bolehkah kami memohon penajaan set Rondaan Pengawal oleh Etiqa?

Malangnya hanya pelanggan baru EGIB / EGTB berkelayakan untuk memohon penajaan set Rondaan Pengawal oleh Etiqa. Namun, anda masih boleh cuba memohon penajaan UOB Malaysia bagi set Tablet Pondok Pengawal lengkap dengan aksesori.

13. Apa yang akan berlaku selepas tahun pertama? Anda kami diikat secara undang-undang untuk membayar yuran langganan tahun berikutnya?

Seperti penyelesaian awan yang lain, yuran yang ditawarkan berdasarkan langganan. Geran CSR i-Neighbour cukup untuk meliputi langganan tahun pertama sahaja. Tiada perjanjian disertakan agar komuniti menyambung langgan dengan sistem i-Neighbour. Komuniti anda boleh memilih untuk memberhentikan sistem selepas setahun penggunaan percuma, tidak terikat dalam apa cara.

14. Jika kami tidak mengambil subsistem tambahan dan peranti Internet Pelbagai Benda, adakah ini bermakna kami tidak perlu membayar apa-apa untuk memulakan projek komuniti pintar ini?

Ya, anda boleh memulakan projek komuniti pintar ini tanpa pelaburan hanya anda masih perlu membayar jumlah minima untuk kos pemasangan sebanyak RM1,000. Untuk pemasangan sistem, rakan niaga dan pasukan pemasangan kami perlu menjalankan latihan di lapangan dan memberi sokongan tempatan. Oleh itu, kos minima termasuk kos pengangkutan tidak termasuk di bawah Program CSR ini, dan perlu dibayar oleh komuniti terlibat.

15. Selepas setahun menggunakan sistem ini dan kami mendapati komuniti kami tidak mampu untuk membayar kos yuran langganan i-Neighbour, adakah ini bermakna kami perlu berhenti menggunakannya?

Tidak semestinya. Yang bagusnya, i-Neighbor juga mempunyai banyak penyelesaian yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti anda untuk mengurangkan atau mengimbangi yuran langganan, contohnya menyertai penyedia ruang iklan i-Ad atau lif yang disediakan oleh Tiny Giant atau rakan iklan lif kami, atau anda boleh mengambil bahagian dalam program rujukan kami untuk mendapatkan kredit komuniti yang akan membantu anda menyelesaikan masalah pembayaran langganan anda.

16. Bolehkah kami menggunakan peranti tablet untuk tujuan lain?

Tidak boleh. Tablet ini tidak boleh dan tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan lain. Ianya merupakan Aplikasi yang telah dikunci untuk pondok keselamatan sebagai stesyen untuk melakukan pengurusan pelawat dan ia telah disepadukan dengan i-Neighbor App sebagai pusat komunikasi antara penduduk dan pondok keselamatan. Tablet ini juga berfungsi sebagai stesen penerima kecemasan apabila mana-mana penduduk menggunakan butang panik di telefon pintar mereka.

17. Jika selepas menerima tajaan sistem komuniti pintar ini, komuniti kami mengambil keputusan tidak mahu menggunakannya, bolehkah kami menyimpan tablet tersebut untuk tujuan lain?

Tentu sekali tidak boleh. Komuniti anda perlu mengaktif dan menggunakan sistem tersebut setelah selesai latihan. Jika tiada aktiviti dipamerkan di sistem anda selama 3 bulan, komuniti anda perlu memulang tablet tersebut kepada pihak kami untuk diagihkan kepada komuniti yang ingin menaik taraf sistem mereka dan mengambil faedah daripada geran CSR ini.

18. Terdapat pelbagai aplikasi komuniti pintar di dalam pasaran dan walaupun Program CSRi-Neighbour kelihatan menarik dan bagus untuk kami cuba, kami masih bimbang adakah kami telah membuat keputusan yang betul. Bolehkan anda meyakinkan kami dalam isu ini?

Ketidakpastian tentang sesuatu sistem baru atau teknologi baru itu biasa. Tetapi, dalam membuat keputusan dan pilihan yang tepat, komuniti kejiranan perlu mengambil perhatian tentang kriteria yang disenaraikan di bawah:

i. Keselamatan Data Walaupun Akta Keselamatan Data Peribadi (PDPA) merupakan kriteria asas setiap penyelesaian perlu ada, pematuhannya boleh dibuat secara sendirian kerana akta ini lebih kepada kenyataan etika berbanding aspek keselamatan. Untuk mempunyai sistem keselamatan data yang lebih selamat, pembangun perlu mempunyai sijil ISO 27001 dan ujian penembusan pihak ketiga, atau untuk piawaian yang lebih ketat, pematuhan GDPA Kesatuan Eropah. Yang pasti, i-Neighbor mempunyai semua perkara di atas.

ii. Kemampuan Peranti Pintar Internet Pelbagai Benda (IoT) - Kebanyakan sistem komuniti pintar dibangunkan oleh syarikat baru tanpa integrasi peranti Internet Pelbagai Benda (IoT) atau kemampuan pembangunan. Mengikut pendapat ramai, sistem komuniti pintar tanpa kemampuan penuh dari peranti Internet Pelbagai Benda (IoT) tidak boleh dikategorikan sebagai sistem komuniti pintar. Ini kerana, integrasi dengan peranti kawalan akses IoT di pintu pagar, pintu lobi, lif, sistem pengawasan walaupun peranti pintar rumah telah menjadi begitu penting di dalam sistem komuniti pintar untuk menawarkan automasi dan keselamatan yang lebih baik ke kawasan kejiranan. Dan, i-Neighbor dibekalkan dengan semua perkara di atas.

iii. Integrasi dengan sistem perakaunan - Sepatutnya sistem komuniti pintar perlu disertai dengan komponen sistem perakaunan untuk memberi manfaat kepada keseluruhan kejiranan. Dengan sistem perakaunan ini, pemilik unit boleh menyemak bil dan baki mereka, serta membayar yuran penyelenggaraan mereka dengan mudah. Sistem ini juga mesti mempunyai keupayaan untuk mengemas kini maklumat pembayaran secara automatik dan mengeluarkan resit rasmi secara automatik dalam masa nyata. Sekiranya sistem komuniti pintar tidak boleh mengintegrasikan sistem perakaunan secara lancar, sistem ini belum lengkap. i-Neighbor mempunyai i-Akaun untuk mengisi jurang ini, sedangkan sebahagian besar sistem komuniti pintar tidak mempunyai perisian perakaunan pengurusan harta, atau sebaliknya pemaju perisian perakaunan pengurusan hartanah tidak mempunyai sistem komuniti pintar.

iv. Perincian di dalam ciri-ciri & mempunyai pelbagai komponen - Bukan sahaja i-Neighbour mempunyai pelbagai ciri dalam Aplikasi komuniti pintarnya, sistem ini juga mempunyai perincian bagus di dalam ciri-ciri, yang menjadikan i-Neighbour produk yang lebih baik. Dari segi komponen, selain daripada perisian perakaunan dan peranti IoT, kami mempunyai Sistem TimeTec Patrol untuk pengawal keselamatan memantau KPI pengawal rondanya dalam masa nyata, dan TimeTec TA untuk pengurusan masa kejiranan dan kehadiran kakitangan dalam masa nyata, i-Environ untuk tujuan pemantauan alam sekitar, i-Merchants untuk mendekatkan kedai-kedai di sekitar perumahan, dan i-Ad untuk kejiranan menyewakan ruang iklan mereka, dan peranti rumah pintar untuk isi rumah individu menaik taraf sistem rumah mereka untuk disepadukan dengan i-Neighbor bagi faedah yang lebih besar. Sebagai contoh, untuk isi rumah yang memasang sistem penggera pintar, ia boleh dikaitkan dengan tablet Pondok keselamatan, sistem siren dan sistem peronda pengawal. Oleh itu, apabila berlaku kecemasan, bantuan boleh dihantar serta-merta. Sistem kami juga boleh mengendalikan keperluan jangka pendek seperti Airbnb di tahap komuniti dan individu dengan gabungan kunci pintar dan peranti IoT.

v. Perjanjian dan Sokongan Tahap Sistem - Sebagai syarikat antarabangsa yang mempunyai 75% pendapatan dari luar negara, dan mempunyai kehadiran di 150 negara, penyelesaian awan kami digabungkan dengan Perjanjian Tahap Sistem yang memberikan jaminan sokongan dan pampasan, dan kami menyediakan perkhidmatan sokongan 24/7 kepada pelanggan-pelanggan kami di serata dunia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau soalan, anda boleh menghantar soalan anda melalui
WhatsApp atau e-mel ke csr@i-neighbour.com.