Membina Masyarakat yang Lebih Selamat &
Lebih Pintar

Program Tanggungjawab Sosial Korporat oleh TimeTec



English Chinese
Geran RM8 Juta
untuk menaik taraf Sistem Keselamatan & Komuniti 600 kejiranan
Terbesar di Malaysia!!
Penaja Bersama:
Tidak dinafikan, aspek keselamatan begitu dititikberatkan oleh masyarakat masa kini. Sebagai peneraju pemaju sistem Internet Pelbagai Benda (IoT) dan komuniti pintar, misi kami sentiasa disasarkan untuk membantu membina masyarakat yang lebih selamat dan lebih pintar di seluruh negara. Oleh itu, dalam mewujudkan kesedaran yang meluas, kami merancang untuk memulakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan objektif yang berikut:
1. Untuk memberi manfaat kepada masyarakat dari perspektif yang lebih luas dengan menyediakan penajaan sistem komuniti pintar bernilai sehingga RM13,300.00 untuk setiap komuniti, sehingga 600 komuniti dengan jumlah penajaan bernilai RM8 juta bagi kedua-dua produk perkakasan serta perisian.
2. Untuk membantu komuniti meningkatkan tahap keselamatan, lantas, mengurangkan jenayah.
3. Untuk membantu komuniti memahami bagaimana teknologi terkini seperti Internet Pelbagai Benda (IoT) and Kecerdasan Buatan (AI) boleh digunapakai dalam menghasilkan persekitaran hidup yang lebih sempurna.
Dalam memastikan kejayaan Program CSR ini, kami akan terus mengadakan siri bengkel kerja susulan di seluruh negara sepanjang tiga bulan seterusnya dalam usaha untuk menyampaikan mesej kami ke masyarakat umum yang lebih meluas.

Ketahui lebih lanjut mengenai i-Neighbour
Sila baca Terma & Syarat Geran Komuniti i-Neighbor sebelum permohonan.

Mohon Geran Sekarang!


atau
WhatApps kami untuk maklumat lanjut!
Penganjur
TimeTec Cloud Sdn Bhd merupakan syarikat tempatan yang telah menempah nama di persada antarabangsa dengan 75% perolehan pendapatan dari penjualan produk ke luar negara, dan telah memasarkan produk ke lebih 150 negara. Syarikat ini mula meneroka teknologi biometrik serba canggih di awal milenium baru dengan pengkhususan dalam pengurusan masa kehadiran kakitangan dan akses pintu pejabat yang direka sesuai untuk pelbagai industri bersaiz besar. Setelah berjaya mengukuhkan kedudukan jenama biometrik FingerTec, Syarikat ini kemudiannya mengusahakan beberapa perkembangan besar dalam teknologi seperti Teknologi Awan, Internet Pelbagai Benda (IoT), dan Kecerdasan Buatan (AI). Bermula dalam tahun 2014, Syarikat telah memperkenal variasi penyelesaian berasaskan teknologi awan untuk menyediakan kemudahan dan kecekapan kepada pelbagai syarikat di serata dunia. Jenama awan TimeTec memberi fokus kepada penyelesaian tenaga kerja, keselamatan dan kediaman pintar. Maklumat lanjut tentang TimeTec, sila klik di pautan berikut: https://www.timeteccloud.com/about
Penaja Bersama
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia), anak syarikat United Overseas Bank Limited (UOB) yang berpangkalan di Singapura, telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1951. UOB Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan komersial dan peribadi melalui cawangan-cawangan, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu: pinjaman komersial, perbankan pelaburan, perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan perdagangan, pengurusan tunai, pinjaman perumahan, kad kredit, pengurusan kekayaan dan bankasurans.

UOB adalah sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global yang terdiri daripada lebih 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa pengambilalihan strategik. UOB menerima penarafan di antara bank terkemuka dunia: Aa1 oleh Moody's dan AA- oleh Standard & Poor's dan Fitch Ratings. Di Malaysia, UOB Malaysia telah menerima penarafan institusi kewangan AAA/ Stabil/P1 dari RAM Ratings.

Sepanjang lebih lapan dekad, generasi kakitangan UOB telah mengamalkan semangat keusahawanan, dengan menumpu pada pewujudan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggan dan rakan sekerja kami.

Kami ingin menjadi pembekal perkhidmatan kewangan yang prihatin dan kami komited untuk melakukan perubahan dalam kehidupan pemegang berkepentingan kami serta komuniti di mana kami beroperasi. Kami berdedikasi bukan sahaja untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga teguh dalam menyokong pembangunan sosial, terutamanya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uob.com.my
Sejarah Etiqa bermula pada 2005 apabila Maybank Ageas (dahulu dikenali sebagai Mayban Ageas), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, pengendali takaful terunggul di Malaysia. Pada penghujung 2007, lahirlah Etiqa, syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia.

Etiqa membuat debutnya pada 15 November 2007 dan merupakan jenama utama untuk semua perniagaan konvensional dan takaful di bawah Maybank. Intipati jenama Etiqa adalah sentiasa berhasrat untuk melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan dan memudahkan pelanggan kami. Ini disokong lagi oleh empat ciri jenama iaitu mencapai prestasi dengan hati nurani yang jelas jernih, bekerjasama dengan tegas.

Hari ini, Etiqa adalah pengedar berbilang saluran bagi produk insurans dan takaful melalui lebih kurang 15,000 agensi, 30 cawangan insurans dan takaful, 400 cawangan Maybank, ATM dan bank pihak ketiga yang lain. Etiqa menyediakan akses dan kemudahan sepenuhnya kepada pelanggan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pihak lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau soalan, anda boleh menghantar soalan anda melalui WhatsApp ke 017-366 8891/ 010-221 1150/ 012-298 1554 atau e-mel ke csr@i-neighbour.com.
Disiarkan di
China Press
Oriental Daily
Melody FM | Podcast
NTV 7
City Plus FM
Astro Awani
Traxx FM
Free Malaysia Today
Berita Harian