Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2019

Terma dan Syarat


Katalog Produk
Terma dan Syarat:
Am
1. Pemohon dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat berikut apabila mereka memohon Geran ini.
2. Geran ini terbuka kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB),Perbadanan Pengurusan(MC) dan Persatuan Penduduk (RA) bagi komuniti strata dan bukan strata, penduduk harta tanah serta penduduk kediaman bertingkat tinggi di Malaysia.
3. Pemohon mestilah seorang ahli jawatankuasa bagi sesebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB),Perbadanan Pengurusan(MC) dan Persatuan Penduduk (RA).
4. Geran ini secara keseluruhannya berjumlah RM8,000,000.00 (Lapan Juta Ringgit Malaysia) untuk sejumlah 600 komuniti penduduk.
5. Seorang pemohon boleh memohon jumlah maksima RM13,300.00 atau kurang, untuk satu (1) komuniti JMB/MC/RA sahaja. Geran ini tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan atau diganti dalam bentuk tunai.
6. Satu komuniti hanya boleh memohon SEKALI sahaja bagi Geran Komuniti CSR i-Neighbour.
7. Semua pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya ke TimeTec sebelum 11:59PM, 31st December 2019. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Maklumat yang dikemukakan oleh pemohon perlu betul, atau pihak penganjur mempunyai hak untuk membatalkan permohonan tersebut. Tarikh dan masa bergantung kepada penerimaan server penganjur. Borang permohonan boleh didapati di pautan ini: http://www.i-neighbour.com/csrapplicationform
8. Setiap permohonan perlu melampirkan Surat Pengesahan dari JMB, MC atau RA, yang menyokong keputusan untuk melaksanakan sistem/produk i-Neighbour dan TimeTec di dalam komuniti masing-masing. Surat Pengesahan ini perlu diberi kuasa dan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 3 ahli jawatankuasa daripada JMB/MC/RA. Templat contoh surat boleh didapati di pautan ini: https://bit.ly/2weA5em
9. Berkelayakan untuk memperoleh kemungkinan penajaan satu set Tablet Pondok Pengawal lengkap dengan aksesori bernilai RM3,300 dan satu set Rondaan Pengawal bernilai RM1,450 oleh penaja bersama, bergantung kepada kelulusan mereka dan perlu menepati terma dan syarat berlainan yang ditetapkan oleh pihak penaja berkenaan.
9.1 Terma dan syarat UOBM yang perlu ditepati oleh komuniti supaya memperoleh kemungkinan penajaan satu set Tablet Pondok Pengawal lengkap dengan aksesori bernilai RM3,300:
Pelanggan UOBM Baru (Pelanggan yang tidak mempunyai akaun atau produk UOBM) Pelanggan UOBM yang sedia ada (Pelanggan yang mempunyai akaun atau produk UOBM)
  • Mesti simpan deposit sebanyak RM50,000.00 untuk membuka akaun (Business Current Account/Basic Current Account/BizCA+/Islamic Current Account) dengan UOBM.
  • Diperlukan untuk mengekalkan *baki purata sebanyak RM250,000.00 sepanjang 13 bulan yang dimulakan pada hari penerimaan set tablet.
  • Diperlukan untuk mengekalkan *baki purata sebanyak RM250,000.00 sepanjang 13 bulan yang dimulakan pada hari penerimaan set tablet.

  • *Baki purata dikira secara: (Bulan 1 + Bulan 2 + …. + Bulan 13) / 12 bulan
    Satu bulan ditambahkan untuk membekalkan elaun masa yang mencukupi bagi pelanggan.

    9.1.1 Jika komuniti tidak memenuhi syarat baki purata dalam (9.1), UOBM mempunyai hak untuk mendebit jumlah RM1,500.00 dari akaun UOBM komuniti tersebut.
    9.2 JMB/MC/RA perlu menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh Etiqa untuk memperoleh kemungkinan penajaan satu set Rondaan Pengawal bernilai RM1,450:
    Pelanggan EGIB / EGTB yang baru (Pelanggan yang tidak ada takaful dengan EGIB / EGTB) Pelanggan EGIB / EGTB Sedia-ada (Pelanggan program takaful EGIB / EGTB yang sedia ada)
    Diperlukan untuk membeli program takaful/Insurans Am untuk tahun pembaharuan seterusnya dengan Etiqa. Program ini mesti termasuk kelas berikut:
  • Kebakaran dan Kebahayaan
  • Yang lain-lain
  • Tidak berkelayakan
  • 10. Tablet Pondok Keselamatan dan set Rondaan Pengawal didatangkan dengan waranti terhad selama setahun (1) tahun bermula dari tarikh penyerahan tempahan.
    11. Tablet Pondok Keselamatan dan set Rondaan Pengawal hanya boleh digunakan dengan Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour dan perlu diletak di pondok keselamatan atau tempat yang ditetapkan sahaja.
    12. Jika penerima Geran CSR i-Neighbour ini mengambil keputusan untuk tidak mahu menggunakan Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour, mereka perlu memulangkan kembali peranti tablet dan set rondaan pengawal kepada TimeTec untuk diagihkan ke komuniti yang ingin mengambil peluang untuk menambahbaik sistem keselamatan mereka dan objektif kami untuk mendekati komuniti yang lebih besar akan tercapai.
    13. Sebarang keputusan kelulusan atau sebaliknya dilakukan mengikut budi bicara mutlak pihak kami.
    14. Geran CSR ini tidak meliputi kos pemasangan yang melibatkan latihan di lapangan serta servis sokongan daripada rakan niaga dan pasukan pemasangan kami.
    15. Sebarang klausa baru atau klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini tertakluk kepada penambahan atau perubahan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu dan mengikut budi bicara mutlak pihak kami.
    16. Terma dan Syarat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Melayu. Jika terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau samar di antara versi bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
       
    Sebelum Menghantar Permohonan:
    1. Layari laman web i-Neighbour.com atau berhubung dengan wakil jualan kami untuk menentukan pakej yang sesuai untuk komuniti anda.
    2. Dapatkan mandat daripada ahli jawatankuasa komuniti anda.
    3. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan di dalam pautan ini: http://www.i-neighbour.com/csrapplicationform
    4. TimeTec akan memproses permohonan dan memberi maklum balas secara peribadi dalam masa 2 minggu masa bekerja dari tarikh permohonan dihantar.
       
    Selepas Permohonan Lulus:
    1. Komuniti terlibat perlu melunaskan baki bayaran kepada TimeTec.
    2. Perlaksanaan sistem pilihan i-Neighbour dan TimeTec akan dilakukan dan komuniti anda boleh mula beroperasi sebagai komuniti yang lebih selamat dan lebih pintar.
    3. TimeTec berhak untuk memohon penerima geran memberikan testimoni mengenai Sistem Komuniti Pintar i-Neighbour atau sebarang sistem yang dipasang di kawasan kejiranan tersebut melalui Geran CSR.
    4. TimeTec berhak meminta penerima Geran CSR untuk mempamerkan sepanduk/bunting i-Neighbour di sudut yang jelas di dalam persekitaran perumahan mereka atau menerbitkan bahan iklan penaja i-Neighbour di dalam aplikasi i-Neighbour kejiranan terlibat dalam tempoh satu tahun.
       
    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada FAQ Program i-Neighbour CSR.
    Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau soalan, anda boleh menghantar soalan anda melalui WhatsApp atau e-mel ke csr@i-neighbour.com.